Monday, 30 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
Effingham School issue: Hostel and sports field to be built by MIC
KUALA LUMPUR 24 June (MIC) — 1.2ha land near Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Effingham in Bandar Utama would be used to build a sports field and hostel for needy Indian students, MIC president Datuk Seri G. Palanivel said on Monday.
Palanivel, who is also a minister in the Prime Minister’s Department, said the sports field could also be utilised by all Tamil schools in the area, besides benefiting SJKT Effingham students.
Meanwhile, the hostel could also be used by Indian students visiting the Klang Valley, he added.
Palanivel said MIC would bear the cost of constructing the hostel and the sports field, which would commence next year and once ready, would be managed by Yayasan Strategic Sosial (YSS).
Earlier, he presented a cheque for RM615,000 from the Prime Minister’s Department’s Implementation Coordination Unit (ICU) to SJKT Effingham headmistress, Datin S. Jayam for the building of the school’s community hall.
In his speech at the function, Palanivel said he would request another RM350,000 from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the community hall, and expected the money to be released in two weeks’ time.
Palanivel also pledged another RM50,000 from the Community Builders Foundation (CBF) where he is the chairman, and another RM10,000 as his personal contribution for the school to replace broken tables, chairs and roofs.
“We assure that this Bandar Utama land next to the school will not be misused. Certain quarters have been politicising this issue. It is not right, in playing politics with our children’s education. The land will be used for charitable and community purposes,” said Palanivel.
Also present were MIC vice-presidents Datuk M. Saravanan and Datuk S.K. Devamany, secretary-general Datuk S.Murugesan and SJKT Effingham board of governors chairman Gana Pragasam.
– MIC
Monday, 23 July 2012
MIC perjuang nasib masyarakat India-Datuk S.Murugesan
KUALA LUMPUR : Parti MIC yang bertapak lebih 50 tahun di negara ini telah merekodkan pelbagai pencapaian dan prestasi dalam paksi memperjuangkan kebajikan dan hak-hak masyarakat India.
Jika sebelum ini masyarakat India begitu sinonim bekerja di ladang-ladang getah dan sawit, kewujudan MIC telah membuka dimensi baharu sehingga mewujudkan kelompok professional dalam bidang-bidang khusus seperti perubatan, undang-undang dan perniagaan. MIC juga telah menjalankan peranan mereka dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India secara ketara.
The Malaysian Times (TMT) telah berpeluang menemubual Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan (SM) bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan halatuju dan visi MIC sebagai parti dominan masyarakat India dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
TMT : Boleh Datuk ceritakan apa yang mendorong datuk untuk menyertai politik?
Datuk S. Murugesan
SM : Secara dasarnya, saya sebagaimana rakyat Malaysia yang lain mahu mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk semua. Sebelum menyertai dunia politik, saya merupakan seorang yang aktif sebagai aktivis kuil.
Saya melihat kebanyakan keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat melalui politik maka saya mengambil keputusan untuk menceburi dunia politik kerana yakin MIC adalah parti yang benar-benar memperjuangkan kebajikan dan hak masyarakat India. Dari seorang ahli biasa, saya telah melibatkan diri secara aktif sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagaimana kini.
TMT : Sepanjang berada di dalam MIC, bagaimana Datuk melihat perjuangan dalam menjaga kemaslahatan masyarakat India di Malaysia?
SM : Secara amnya, terdapat beberapa masalah yang membelunggu masyarakat India seperti masalah perolehan kad pengenalan, ruang peningkatan pendidikan, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan penglibatan masyarakat India di dalam perkhidmatan awam.
Di sinilah MIC memainkan peranan di mana MIC mewujudkan pusat pengurusan kebajikan yang dibuka setiap Ahad dari jam 10 pagi hingga 1 petang di Ibu Pejabat MIC. Ianya bukan hanya terdapat di Kuala Lumpur namun di seluruh negara kecuali di Sarawak. Bagi isu pendidikan, MIC telah berjaya meningkatkan kuota untuk ke Matrikulasi dan telah ditambah kepada 1,500 tempat.
TMT : Berada di bawah dua kepimpinan, bagaimana Datuk melihat beza diantara Datuk Seri S Samy Vellu dan Datuk Seri G Palanivel?
SM : Kedua-duanya mempunyai kekuatan, gaya dan pendekatan yang tersendiri. Datuk Seri S Samy Vellu dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara manakala Datuk Seri G Palanivel pula merupakan seorang pemimpin yang memberi penumpuan pada program jangka panjang dan membawa pendekatan yang mudah.
Beliau seorang yang merendah diri dan kurang bersuara namun banyak bertindak. Ini dibuktikan di dalam isu Ambiga di mana Datuk Seri G Palanivel menjadi yang terawal menyatakan pendirian beliau dan tindakan pantas beliau amatlah dihormati. Apa jua perbezaan karekter yang wujud pada kedua-dua pemimpin tersebut, saya yakin halatuju mereka adalah sama iaitu memperjuang hak dan nasib masyarakat India.
TMT : Pada hemat Datuk, apakah faktor yang bakal mendorong masyarakat India untuk terus menyokong MIC atau BN secara keseluruhan?
SM : Pemimpin BN adalah mudah didekati dan lebih kerap turun padang untuk bertemu rakyat/pengundi. MIC sendiri mempunyai wakil dari cawangan-cawangan dan bahagian yang bertugas bertemu pengundi bagi membantu dan menerangkan kepada mereka tentang gagasan 1 Malaysia dan serta menjaga kebajikan mereka.
TMT : Situasi semasa terutama selepas tsunami 2008 agak kurang positif buat BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat bertungkus-lumus untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN. Adakah Datuk optimis BN akan terus menerajui pada PRU-13?
Datuk S. Murugesan
SM : Saya mengakui bahawa BN berada di persimpangan selepas PRU-12 pada 2008. Walau bagaimanapun saya optimis BN akan terus kekal memerintah atau dengan kata lain memenangi PRU-13.
Datuk Seri Najib telah berjaya membawa perubahan dan konsep 1 Malaysia yang dibawa beliau benar-benar telah membawa dimensi baharu di dalam BN dan saya yakin rakyat telah kembali yakin untuk terus memberi mandat kepada BN.
Sejarah bersama MIC dan sejarah juga telah membuktikan bahawa MIC bersama BN berjuang mendapatkan kemerdekaan dan MIC sendiri pada saya mempunyai pengaruh yang kuat di dalam masyarakat India dan pasti akan terus menjadi platform tunggal yang memperjuangkan masyarakat India.
TMT : Selepas PRU-12, NGO tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Bagaimana Datuk melihat kemungkinan MIC dapat bekerjasama dengan NGO-NGO bagi sama-sama memperjuangkan hak kaum India?
SM : Benar, banyak NGO yang didaftarkan selepas PRU-12 dan NGO-NGO ini berjuang atas tujuan khusus seperti alam sekitar, hak pengguna, pendidikan dan sebagainya. MIC telah mengambil langkah mempelawa kumpulan-kumpulan ini untuk sama-sama berjuang bersama MIC atau dengan kata lainnya sama-sama memastikan hak masyarakat India dipulihara. Apabila lebih banyak suara dapat dikumpulkan ianya akan menjadi lebih lantang dan kuat. Setakat ini sambutan yang diterima adalah menggalakkan.
TMT : Antara suara yang semakin penting adalah suara pengundi muda. Bagaimana MIC mendekati golongan ini?
SM : Sebagaimana standard kehidupan telah berubah, kehendak golongan muda juga berubah memandangkan mereka kini kebanyakan berada pada peringkat golongan pertengahan.
Jika golongan berpendapatan rendah lebih melihat kepada masalah memperoleh kad pengenalan, penempatan dan sebagainya, golongan pertengahan pula lebih fokus kepada peluang pekerjaan, ruang perniagaan dan peningkatan taraf pendidikan.
Di sinilah MIC mendekati golongan muda dengan pelbagai pendekatan moden termasuk melalui media sosial. Kami juga memperkenalkan pemimpin muda yang diterima dan dihormati. Acuan MIC kini telah berubah berbanding 10 tahun yang lalu dan kami di MIC melihat dari semua aspek dan golongan.
TMT : Bagaimana MIC boleh membantu BN untuk memenangi PRU-13?
SM : Sumbangan MIC adalah mengembalikan keyakinan dan undi masyarakat India kepada BN dan memenangi kerusi ditandingi dan 58 kerusi Parlimen di mana undi masyarakat India mempunyai peranan besar. Kami tiadk hanya berjuang untuk parti MIC semata, kami mahu memastikan BN menang secara keseluruhan.
TMT : Adakah MIC bakal menampilkan muka-muka baharu sebagai calon winnable candidates untuk PRU-13 kelak?
SM : Kami sudah tentu akan menurunkan calon-calon yang boleh bekerja dan diterima pengundi. Calon-calon ini merupakan mereka yang bebas dari sebarang kontroversi dan benar-benar berjuang untuk rakyat. Terdapat kemungkinan muka-muka baharu tampil sebagai calon kerana pada akhirnya apa yang lebih penting adalah kemenangan BN.
Monday, 16 July 2012
Datuk Seri Mahdzir Kecewa Soalan Panas Tidak Sempat Dijawab
PM solicits public proposals for Budget
KUALA LUMPUR July 16 — Datuk Seri Najib Razak has invited Malaysians to participate in the Budget 2013 discussions by contributing ideas and sharing their suggestions and views online from today to July 29 The prime minister said the platform was an opportunity for everyone to submit their ideas and input for the consideration of the Finance Ministry The public may submit their opinions by clicking on the appropriate place on the latest posting on Najib’s blog 1malaysia com my under the topic “Budget 2013 I Want Your Views” “On the 28th of September I will table the National Budget for 2013 on behalf of the federal government in my capacity as finance minister I believe it is important that the rakyat citizens be given an avenue to voice their ideas on how we can best bring this country forward on the world stage socially and economically “As with previous years I am looking forward to discovering fresh ideas and potential solutions from my fellow Malaysians ” Najib said in his blog The prime minister said the discussions would focus on several topics such as cost of living public security property prices the role of youth in economic development food production the entertainment and creative industry and other prominent issues that affect the people “Currently less than 10 per cent of Malaysians pay tax So the key challenge we have is to broaden and transform our revenue base to ensure that the budget deficit is kept to a manageable level and that we do not spend beyond our means ” he said To achieve this he said it is necessary to focus both on stimulating domestic investment as well as attracting foreign investment through the Economic Transformation Programme ETP “We have already made a strong start — the IRB Inland Revenue Board collected RM110 billion of revenue last year — which has enabled us to fund key services to help people such as the BR1M 1 Malaysia People’s Aid and book vouchers “To keep this momentum up we need everyone to contribute their ideas So I invite you to participate in the Budget 2013 discussions ” he said — Bernama.
Subscribe to:
Comments (Atom)


.png)

