27.10.12-8mlm Majlis Perasmian Per Amal Cahaya Daerah Kuala Muda, a set on Flickr.
Penyelaras DUN Bukit Selambau(M.L.Maran) Ke Majlis Perasmian Per Amal Cahaya Daerah Kuala Muda di JADE Garden Tmn Ria Jaya.Pertubuhan Ini akan bergiat aktif di kawasan DUN Bukit Selambau dan akan menyokong Untuk Parti Barisan Nasional.Menteri Sumber Manusia,YB Datuk Seri.S.Subramaniam telah memberi sedikit peruntukan untuk Majlis Persamian Pertubuhan ini,Pertubuhan ini akan bergiat dibawah kepimpinaan En.Ganathan (Jaga).Saturday, 27 October 2012
27.10.12-1PM Majlis Korban Dato Mokhzani Tun Mahathir & Kenduri Kesyukuran Oleh Puteri UMNO Merbok
27.10.12-1PM Majlis Korban Dato Mokhzani Tun Mahathir & Kenduri Kesyukuran Oleh Puteri UMNO Merbok, a set on Flickr.
27.10.12-1PM Majlis Korban Dato Mokhzani Tun Mahathir & Kenduri Kesyukuran Oleh Puteri UMNO Merbok.Tahniah Kepda Ketua Pergerakan Puteri UMNO Pn.Shaqirah Muin & AJK.
Thursday, 25 October 2012
Rai Aidiladha dalam keadaan makmur sejahtera
October 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Okt : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Aidilhadha kepada semua umat Islam yang merayakannya esok.
“Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan Aidiladha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini,” katanya dalam perutusan yang dimuatnaik dalam blog 1Malaysia hari ini.
Beliau berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur sejahtera dan penuh keberkatan sambil mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.
Beliau berkata konsep itu terkandung dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”
Malaysia sendiri turut mendukung konsep pengorbanan dengan bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro, katanya.
“Ini pastinya satu pengorbanan yang amat membanggakan,” katanya dalam perutusan itu.
Najib berkata kerajaan Malaysia mengambil pendekatan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, untuk memainkan peranan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini.
Melalui Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Makkah, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya.
“Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini,” katanya.
Kerajaan Filipina dan MILF telah memeterai perjanjian damai bersejarah pada 15 Okt, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina.
Najib berkata komitmen jitu dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah negara membolehkan Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik.
“Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini,” katanya.
Perdana menteri turut mengajak umat Islam di negara ini berdoa agar Jemaah haji di Makkah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur serta kembali ke tanah air dengan selamat.
“Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.
Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata Aidiladha memberi erti bahawa perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.
“Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya.
Ketika menyertakan ucapan selamat menyambut Aidiladha daripada beliau sekeluarga, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah Allah yang membolehkan Aidiladha disambut dalam suasana yang meriah, aman, makmur dan harmoni.
Bagi umat Islam, katanya, Aidiladha mempunyai dua makna penting, iaitu yang pertama ia adalah hari di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah dan kedua, berkait rapat dengan ibadah haji yang ditunaikan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.
Beliau berkata adalah menjadi kewajipan setiap mukmin untuk mempertahan kesucian akidah dan memelihara agama dengan mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
Ia sejajar dengan tuntutan memelihara agama sebagai tujuan utama syariah atau maqasid syariah dalam Islam, katanya.
“Bagi kita umat Islam, Idul Adha memberi makna bahawa keimanan kepada Allah adalah tonggak kehidupan yang paling utama bagi seorang mukmin.
“Tiada lain yang lebih penting dalam kehidupan seorang mukmin selain keimanan dan kecintaan kepada Allah,” katanya.
Beliau berkata ibadah korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari-hari tasyrik berikutnya adalah lambang keimanan dan keakraban umat Islam kepada Allah.-TMT
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Salam Aidil Adha kepada Semua Muslimin & Muslimat rakan FB sekalian..Berhati-hati memandu di jalanraya...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Wednesday, 24 October 2012
24.10.12-Sembayang Di Kuil Maha Mariamman Sg.Tukang
24.10.12-Sembayang Di Kuil Maha Mariamman Sg.Tukang, a set on Flickr.
Penyelaras DUN Bukit Selambau hadir upacara sembayang di Kuil Maha Mariamman Sungai Tukang.turut bersama Sdr Praba Ketua Pemuda MIC
Subscribe to:
Comments (Atom)