Monday, 17 September 2012

Suhu politik Cameron Highlands kembali sejuk selepas penampilan Palanivel


KUALA LUMPUR : Suasana dan suhu politik Cameron Highlands yang sebelum ini dikatakan panas disebabkan beberapa percaturan politik yang desperado kembali sejuk sepertimana suhu kawasanya setelah penampilan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel ke kawasan tersebut sejak beberapa bulan yang lepas .
Pengaruh Palanivel yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dikatakan berjaya mententeramkan banyak faktor semasa di kawasan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke – 13 yang turut merangkumi dua DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai .
Palanivel mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan ahli - ahli UMNO DUN Jelai.
Cameron Highlands merupakan kerusi MIC yang diwakili parti tersebut sejak 2004, dan pada PRU 2008 calonya Datuk S. K . Devamany yang kini merupakan Naib Presiden MIC dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menewaskan calon DAP , J . Apalasamy yang juga merupakan salah seorang pemimpin vateran DAP yang tersohor dengan majoriti 3, 117 undi.
Manakala di DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap dari MCA menewaskan calon DAP Go Mong Nging dengan majoriti yang tipis , 575 undi. Di DUN Jelai pula calon UMNO , Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Ketua UMNO bahagian Cameron Highlands dan Exco Kerajaan negeri Pahang berjaya mempertahankan kawasan tersebut dengan menewaskan calon PKR dengan majoriti 2, 621.
Konvoi Merdeka
KAWASAN “WINNABLE”
Berdasarkan situasi politik terkini , Cameron Highlands masih diklasifikasikan sebagai kawasan “winnable” untuk BN pada PRU 13, namun beberapa krisis politik dalaman melibatkan kumpulan – kumpulan tertentu dari BN mampu melemahkan kekuatan sebenar BN di kawasan tersebut disebabkan “permainan politik kotor” ala tangan – tangan tersembunyi.
Tidak dinafikan , persekitaran Cameron Higlands atau dikenali sebagai Tanah Tinggi Cameron yang merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi di semenanjung Malaysia yang mempunyai suhu antara 10 ‘ Celcius hingga 20 ‘ Celcius turut “terperangkap” dengan fenomena politik negara sejak tersebarnya khabar angin kemungkinan Presiden MIC G. Palanivel akan bertanding di sana di PRU 13 sejak beberapa bulan yang lepas sehingga menjadi kawasan “panas”.
Palanivel bersama masyarakat orang Asli Cameron Highlands
Sejak dilantik Presiden MIC yang ke 8 menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu pada Dec 2010, Palanivel sudah biasa dengan pelbagai sepak terajang politik dalam kariernya sebelum ini, telah mengusahakan pelbagai tindakan reformasi politik di MIC bagi memastikan survival parti itu yang ditubuhkan pada 1946 di PRU 13 selepas menerima tamparan hebat pada PRU 2008 sehingga MIC hanya mampu menang 3 kerusi Parlimen dan 7 DUN.
Sebagai Presiden parti, Palanivel berhak menentukan hala tuju yang terbaik dan mantap untuk parti termasuk mengugurkan ataupun memilih mana – mana calon untuk PRU 13.
Selepas empat penggal mewakili Parlimen Hulu Selangor dari 1999 hingga 2008, sebelum tewas pada PRU 2008 dengan majoriti yang tipis, Palanivel dikatakan telah memutuskan untuk memilih satu “destinasi ” politik yang baru. Walaupun sebelum ini timbul pelbagai spekulasi kononya Presiden MIC itu akan bertanding di Sungai Siput ataupun Teluk Kemang , tetapi berdasarkan senario yang terkini serta perkembangan semasa politik “hampir pasti” dikatakan beliau akan bertanding di Cameron Highlands pada PRU 13.
Palanivel bersama ADUN Jelai Wan Rosy yang juga Ketua UMNO Cameron Highlands
MASALAH TELAH DISELESAIKAN
Dalam tempoh beberapa bulan ini beliau dikatakan telah menyelesaikan banyak masalah yang diutarakan kepadanya oleh penduduk setempat sepanjang lawatanya ke sana dari masa ke semasa. Malah The Malaysian Times difahamkan parti – parti komponen BN khususnya UMNO, MCA dan MIC memberikan sokongan dan mandat yang penuh kepadanya untuk bertanding di Cameron Highands.
The Malaysian Times difahamkan Palanivel yang juga Menteri Peneraju Sosio Ekonomi masyarakat India juga telah mengadakan perjumpaan , perbincangan dan ramah mesra bersama pemimpin politik yang berpengaruh di Cameron Highlands seperti Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan difahamkan barisan “kepimpinan utama” UMNO di peringkat bahagian, negeri dan pusat telah memberikan “lampu hijau” kepada hasrat Presiden MIC untuk bertanding di sana.
Sumbangan peruntukan untuk sebuah kuil di Cameron Highlands
Malah , pada Sabtu lepas Palanivel berada seawal 8.30 pagi di Cameron Highlands untuk merasmikan program Konvoi Merdeka seterusnya lapan program lain sehingga lewat malam. Beliau turut mengadakan perjumpaan dengan kesemua pemimpin akar umbi masyarakat Cina yang mewakili lebih daripada 45 NGO dari parlimen Cameron Highlands.
Pada program tersebut Palanivel turut membuat kejutan berucap dalam bahasa Mandarin buat julung kalinya dihadapan lebih daripada 200 pemimpin NGO Cina yang menghadiri program penyampaian peruntukan kewangan Presiden MIC itu di Hotel Heritage, Tanah Rata. Mereka turut tergamam dan terkejut dengan penguasaan bahasa Mandarinya ketika berucap.
Pada majlis tersebut , beliau turut menyampaikan sumbangan peruntukan kewangan berjumlah RM 245, 000 untuk NGO Cina di parlimen Cameron Highlands dan telah memberi jaminan ianya merupakan satu langkah permulaan untuk menangani permasalahan masyarakat Cina di kawasan tersebut.
Bersama masyarakat Sikh Cameron Highlands
Dalam tempoh terdekat ini , Palanivel telah menyalurkan hampir 1. 5 juta sumbangan peruntukan kewangan daripada Jabatan Perdana Menteri melalui kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Daripada jumlah tersebut sejumlah 1 juta telah diperuntukkan untuk masyarakat India.
Apa yang pasti pendekatan Palanivel menganani , mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat di parlimen tersebut secara holistik telah memberikan impak yang cukup besar kepada BN seterusnya berjaya memikat hati penduduk di sana.
Rata – rata mereka menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin yang cukup sederhana , senang didekati dan jujur dalam menyelesaikan masalah rakyat selaras dengan gagasan rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.
Apakah keputusan Palanivel ? sama – sama kita nantikan !
-The Malaysian Times-

No comments:

Post a Comment